MAi NAMe ...

MAi LOve ...

Monday, January 12, 2009

10 perANgkAp syAiTAN LAkNATuLLAH..

frOM : www.iluvislam.com

ALLAH berfirman yang bermaksud: "Syaitan memberikan janji yang membangkitkan angan-angan kosong kepada mereka. Walhal syaitan itu tidak menjanjikan kepada mereka kecuali tipu daya belaka. Tempat mereka itu ialah di neraka jahanam dan mereka tidak memperoleh tempat untuk lari daripadanya.'' ( An-Nisa': 120-121).

Keterbukaan manusia mengundang kehadiran syaitan ke dalam diri masing-masing, sebenarnya ada kaitannya dengan sifat mazmumah yang diamalkan dalam kehidupan seharian. Melalui pelbagai jenis sifat mazmumah itulah sama ada kita sedar atau tidak, kita sebenarnya telah menyediakan ruang kepada syaitan untuk menapak dalam diri. Apabila syaitan sudah meraja dalam diri, seseorang individu itu akan sanggup melakukan apa jua perbuatan keji dan mungkar kerana keinginan nafsu akan menjadi sebati dengan sifat jahat syaitan itu sendiri.

Hati, suatu organ istimewa kurniaan Allah kepada manusia, pada saat dan waktu itu juga akan mula goyah apabila sedikit demi sedikit syaitan durjana mula merayap untuk menguasai tunjang di dalam badan manusia tersebut. Berlumba-lumbalah nanti para syaitan untuk memenangi dan menguasai hati manusia. Mereka akan sedaya upaya menawan hati tersebut dan memujuk nurani manusia untuk melanggar segala perintah Allah. Beruntunglah golongan manusia yang berupaya menangkis godaan tersebut.


Mengikut para ulama, syaitan akan menguasai tubuh badan manusia melalui sepuluh pintu:

1. Melalui sifat bohong dan angkuh

Dua sifat inilah yang amat mudah tersemai dan menyubur dalam diri manusia. Ia berpunca daripada keegoan manusia itu sendiri yang lazimnya akan mudah hanyut ketika dilimpahi kemewahan dan kesenangan.

2. Melalui sifat bakhil dan kedekut

Setiap harta benda dan kemewahan yang diperoleh adalah kurniaan ALlah yang seharusnya dibelanjakan ke jalan yang hak. Ia boleh digunakan untuk membantu kesempitan hidup orang yang memerlukan sama ada melalui kewajipan berzakat atau bersedekah.

3. Melalui sifat takbur dan bongkak

Sifat ini selalunya bertapak dalam diri seseorang manusia yang merasakan dia sudah memiliki segala-galanya dalam hidup ini. Mereka terlupa bahawa kesenangan dan kenikmatan yang dikurniakan itu boleh ditarik oleh Allah pada bila-bila masa saja. ALlah Taala berfirman yang bermaksud: "Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang takbur.'' (An-Nahl:23)

4. Sifat khianat

Khianat yang dimaksudkan bukan sahaja melalui perbuatan merosakkan sesuatu yang menjadi milik orang lain, tetapi juga mengkhianati hidup orang lain dengan tidak mematuhi sebarang bentuk perjanjian, perkongsian dan sebagainya.

5. Sifat tidak suka menerima ilmu dan nasihat

Junjungan RasuluLlah s.a.w. selalu menasihati para sahabat baginda agar menjauhkan diri masing-masing daripada menjadi golongan manusia yang dibenci Allah, iaitu golongan yang tidak suka diri mereka dinasihati atau mendengar nasihat orang lain.

6. Melalui sifat hasad

Perasaan hasad dengki selalunya akan diikuti dengan rasa benci dan dendam yang berpanjangan. RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Hindarilah kamu daripada sifat hasad kerana ia akan memakan amalan kamu sebagaimana api memakan kayu yang kering " (Riwayat Bukhari dan Muslim).

7. Melalui sifat suka meremehkan orang lain

Sifat ego manusia ini selalunya akan lahir apabila seseorang individu itu merasakan dirinya sudah sempurna jika dibandingkan dengan orang lain. Orang lain dilihat terlalu kecil dan kerdil jika dibandingkan dengan apa yang dia miliki. Abu Umamah pernah meriwayatkan bahawa RasuluLlah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Tiga kelompok manusia yang tidak boleh dihina kecuali orang munafik iaitu orang tua Muslim, orang yang berilmu dan imam yang adil.'' (Riwayat Muslim).

8. Melalui sifat ujub atau bangga diri

Menurut Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Jangan kamu bersenang lenang dalam kemewahan kerana sesungguhnya hamba Allah itu bukan orang yang bersenang-senang sahaja.'' (Riwayat Abu Naim daripada Muaz bin Jabal)

9. Melalui sifat suka berangan-angan

Islam adalah anti kemalasan. Orang yang berat tulang untuk berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam hidup akan dipandang hina oleh Allah dan manusia. Mereka lebih gemar berpeluk tubuh dan menyimpan impian yang tinggi tetapi amat malas berusaha untuk memperolehnya.

10. Melalui sifat buruk sangka

Seseorang yang suka menuduh orang lain melakukan sesuatu kejahatan tanpa diselidiki terlebih dulu amat dicela oleh Islam. RasuluLlah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Nanti akan ada seseorang berkata kepada orang ramai bahawa mereka sudah rosak. Sesungguhnya orang yang berkata itulah sebenarnya yang telah rosak dirinya.'' (Riwayat Muslim)

Friday, January 9, 2009

bAru buKe bLOg di TAhuN bAru_2009..

lame bebenOr dah rasanya ak tak pOsting kat blOg ak ni..
bukannye ap...
xde mase...
macam2 bende nak kena buat..
ble dah masuk final sem ni..
lagi lah bertambah2 sbuk.........
paling syOk..
nak kena siapkan final prOjek 2 la..
syOk2....

Sunday, November 16, 2008

berDOsANya Aku ...

kadang2 bile terlalu serOnOk ..
kite lupa pd yg satu ..
yang maha esa ..
entahlah ..
bile hati ini makin jauh dgan ALLAH ..
hidup ni ..
rasa mcam kOsOng sgat2 ..

YA ALLAH ..
ak hamba-MU yg hina lagi jahil ..
ampunilah dOsa2 ku ..
aku tak nak jauh dari-MU wahai tuhan ..
aku tak nak hidup ku sentiasa di dlm kesenangan ..
redhakan lah ak dgan ujian2-Mu YA ALLAH ..
jgan biarkan ak menentukan nasib diriku sendiri ..
walau sekadar sekelip mata ..
atau kadar yg lbh pendek dari itu ..

bantulah kami YA RABBI ..
redhailah hidup kami ..
dunia hingga akhirat ...

Saturday, November 15, 2008

ADuhAi ...

tensen nye....................................
dah lah exam xleh jawab ...
prOjek web plak x siap2 lg ...
bOsan nye ..............
esOk ada exam lagi ...
tensen2 ...

Wednesday, November 5, 2008

anOk sapO LA Nie ...


dah mmg takde keje sgat ak hari ni ..
ak ekplOre ar habis-habisan ..
apekebende nya yg ad dlm blOg ni ..
rupe2 nya byk ar jgak bende2 dlam setting blOg ni ..
slame ni ak igt setting hari utk blOg2 mmg lewat sehari ..
ye ar mane tak nya ..
hari ni ak posting ..
alih2 die tulis ak pOsting semalam ..
dah la 2 ..
time pun tak betul ..
apekehel nye ak nak pOsting pukul 3,4 pg ..
macam la ak ni takde mata nak tidO ..
padahal ak pOsting leklOk je pukul 10 mlm ..
hampeh betul ...

bile dah ekplOre ni ..
baru tahu blh tukar setting die ..
huhu (",) ..
ketinggalan betul anak zakaria bin embOng ni ..
takpe la ..
yg penting skrg ni..
ak dah tahu caranya ..
takpe ar lambat ckit pun ...
try en errOr la katakan ..
betul..betul..betul...

Tuesday, November 4, 2008

bANTuLAh kAMi YA ALLAH ...

hari ni ak exam skk..
1 subjek yg agak 'menyerOnOkkan' .. huhu
dah la tak studi pape pun ..
kuar dr dewan plak awal dr Org lain ..
mmg tak nOrmal ar ak hari ni ..

YA ALLAH ..
ENGKAU MAHA BERKUASA ..
kami yakin pd kekuasan-MU ..
bantulah kami ..
tOlOnglah kami ..
redhailah kami ..
ampunilah kami ..

AMIN ...

Friday, October 31, 2008

PeNghArgAAN ...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM ...

pertama2nya..
ingin ku panjatkan setinggi2 kesyukuran pada ALLAH..
tuhan sekelian alam..
kerana dgn keizinan dan kerahmatan dari-NYA..
maka wujudlah blOg yg tdk seberapa ini..
dan..
dgn berkat RASULULLAH SAW juga keluarga dan para sahabat baginda..
yg tlh byk bersusah pyh sehingga smpainya NUR ISLAM itu k jiwa kami..
tak lupajuga utk insan2 yg tercinta..
my LOvely uMi^ABAh..
tengkiu uMi^ABAH...
kAk nOor syg uMi^ABAH sgt2 ...
ALHAMDULILLAH YA ALLAH ...
TERIMA KASIH YA RASUL ...

keduAnya..
jutaan terima kasih buat puan AMNi..
kerana tlh mengamanahkan tugasan ini buat kami..
berkat kesabaran beliau..
maka wujudlah beraneka jenis blOg2 yg baru..
dan pastinya..
semakin bertambahlah jumlah blOgger2 yg bertauliah d MALAYSIA ini..
TERIMA KASIH PUAN AMNI ...

ketigAnya..
ribuan syukran buat teman2 seperjuangan yg byk membantu..
buat rakan suka+duka..
yg sentiasa berjuang bersama2 dlam mengEDIT blOg ini..
walaupun selalu d temani Oleh teman karib masing2..
si belang2... (",) huhu..
buat rakan2 yg lain..
yg byak memberi petua bagaimana utk tdk menyerabutkan blOg ku ini..
walaupun tdk berapa kamcing..
tengkiu bebanyak..
SYUKRAN JAZILAN MY FREN'Z ...

memBANguN bersAMA isLAM ...



dalam gambar ni ad pelbagai watak2 yg menarik..
paling penting watak uMi ak la..
cikgu che wan azizah che wan lOng merangkap cikgu PASTI pulau redang..
ad abah merangkap penasihat PASTI pulau redang..
ad ustaz salwi merangkap ketua PASTI kawasan setiu..
ad ustaz sayuti merangkap setiausaha PASTI kawasan setiu..
kiranya..
itu pengalaman pertama diaOrang p pulau redang..
mcm2 ragam r..
dr awal2 diOrang dtg..
sampaila diaOrang nak blik..
bleh pulak diOrang tertinggal bOt nak blik ptg 2..
terpaksa bermalam semalaman lg kat pulau 2..
tp yg heran nya..diOrang tak ckap pun ngan abah..
tak tahu r diOrang tidO katne mlam 2...
mmg cOnfirm r berteman kan si belang2...
huhu (",) ...

gAMBAr ABAh ku yg terciNTA ...





ni plak gambar abah ngan anak2 sedara die..
kalu tgOk btOl2..
bdak2 tu cam kembar 3 je kan..
hehe..
abah ni lbih krg ak r..
ssh nak bergambar..
entah sape yg ikut jejak sape ntah... (",)
gambar ni pun d ambil lpas dah byak kali kAk sAh pujuk abah..
yg ak nak tunjuk dlam gmbar ni sbnarnya..
gambar abah ak 2 je...
bebudak 2..
buat frame je..
(",)

fAMily ku yg terciNTA ...



gambar ni di ambil masa raya 2007..
ak, angah ngan kAk sAh msg2 beria je nak ambil gambar ngan citra kesayangan abah 2..
hehe..
tp malangnya masa 2 ssh betul nak senyum..
almaklumla..
mcm yg puAN AMNi ckap..
ak nie seOrang yg serius..
tp..
2 dulu..
skrg..
INSYA-ALLAH.. tak lg dah...
sb tak nak dah menyusahkan family ngan kawan2 lg dah.. (",)
asyik memuncung je..
sape tak tensiOn kan tgOk..
lbh2 lg..
skrg ni dah ad yg speciAL...
(",)

masa ni gak adik ak si idiN 2 (pakai baju melayu merah)..
mcam Org tak mandi je..
tak pasti plak die dah mandi blOm msa ni.. hehe

khAs buATmu ...

 

tAMAN isLAMi ... © 2008. Design By: SkinCorner