MAi NAMe ...

MAi LOve ...

Tuesday, October 14, 2008

AkHirNyA ...

malam ni..malam selasa, 14 OcTOber..
ak sorang2 je maen inteNeT...kawan2 kesayangan ak semuanya ada diskasyeN ngan anak-beranak diorang...qdah plak g teman sape ntah..jOin family orang lain...
x malu betui...diskasyeN ak ngan anak-beranak ak plak mlam sabtu nie.....huhu
sO....drpada sOrang2 kat rmah...baek ak mai kat blOk B ni....siapkan blOg ak yang fOrever pink ni.....hehe
ak bertekad nak siapkan pOsTing tentang framepage website2 IPTA yang ad d negara ak yg terciNTa ni malam ni gak...
dAn semuanya adlh arahan dr lekcere ak yg terCUTE....hehe iaitu PUAN AMNI mohamad khassim yang selamat di ijab kabulkan pd 11 syAwAL ari tue...tahniAh PUAN AMNI...semoga selamat dan berbahagia slalu dunia dan akhirat...
kalu puan tak suruh ak buat bLOg ni, mmg smpai k tuA pun ak tak thu apakebenda nya BLOG ni...huhu
time kasih cik...
eH2..slap2...puan daa..................
dan malam ni, bertemankan berpuluh2 "teman baikku" si belang2.....ak dapat jgk pOsTiNgkan semua komen2 ttg framepage website2 itu.............
ALHAMDULILLAH...............time kasih ya ALLAH....

UNIVERSITI DARUL IMAN MALAYSIA …



Universiti Darul Iman Malaysia adalah universiti yang mana aku adalah salah seorang daripada pelajarnya…hehe
Framepage website ini bukan setakat agak simple…tapi memang amat2 simple…sedih aku melihatnya…Mujurlah ada jugak logo UDM yang cute tu…kalu tak, memang takde pape la yang aku nak tengok…hehe
Jangan marah ek…cam teruk sangat je aku komen website universiti kesayangan aku ni..tapi takpe…aku yakin esok luse mesti cantik website ni lepas kena update…kalu tak besok luse pun…akan2 datang la kOt (“,) …

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA …



International Islamic University Malaysia atau Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, mempunyai cogan kata “Garden of Knowledge and Virtual”. Laman utama website nya yang mempunyai kombinasi warna biru lembut dan putih kelihatan mendamaikan setiap mata yang memandang. Selain menarik, laman utama website nya juga adalah mesra pengguna, penggunaan pelbagai link seperti ‘my IIUM’, ‘e-Learning’, dan sebagainya pasti akan membuatkan pelajar-pelajar UIAM itu sendiri tidak bosan untuk melayari laman web universiti mereka. Penggunaan adobe flash pada events@IIUM juga menarik dan memberikan maklumat-maklumat terkini tentang program-program yang akan dijalankan oleh pihak universiti. (“,) …

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA …



Universiti Teknologi Mara mempunyai framepage website yang agak ‘crowded’ dan agak menyukarkan pelajar-pelajar nya untuk mencari maklumat semasa tentang universiti ini. Pelbagai link yang di letakkan hampir di keseluruhan website ini menyebabkan website ini kelihtan agak membosankan. Apatah lagi, agak mengecewakan apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. (“,) …

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA …



National University of Malaysia atau Universiti Kebangsaan Malaysia, mempunyai laman utama website yang menggunakan kombinasi warna biru lembut dan putih kelihatan agak simple dengan terdapat logo universiti dan gambar bunga kebangsaan iaitu bunga raya di sudut atas laman utama website nya.Walaupun kelihatan simple, namun tetap menarik. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI MALAYA …




Universiti of Malaya Kuala Lumpur atau Universiti Malaya, mempunyai cogan kata “Producing Leader Since 1905”. Penggunaan warna nya agak suram, bagi saya, welcome message yang di paparkan di sudut kanan atas tidak perlu menggunakan ruangan yang terlalu besar kerana ianya kelihatan agak menyesakkan laman web itu. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN …



Universiti Malaysia Kelantan mempunyai cogan kata “Entrepreneurship Is Our Thrust”.Agak mencacatkan apabila laman web ini tidak mempunyai versi English. Penggunaan pelbagai warna yang agak ‘menonjol’ juga menyebabkan laman utama website ini kelihatan tidak berapa menarik dan agak menyilaukan mata setiap pengunjung website ini…Penggunaan link pada ruangan fakulti juga tidak berapa menarik kerana link-link nya tidak di letakkan sebaris2, tetapi di sambung2, pada saya itu boleh diperbaiki lagi di masa hadapan. (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG …



Universiti Malaysia Pahang mempunyai cogan kata “ Pertama, Bertaraf Dunia dan Berjenama”. Framepagenay agak ‘crowded’, namun tidak terlalu menyerabutkan. Penggunaan link nya memudahkan pelajar dan staf kerana terdapat sudut “ECOMM STAF” dan juga “ECOMM PELAJAR” di bahagian kanan website nya. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH …



Universiti Malaysia Sabah menggunakan kombinasi pelbagai warna yang lembut dan menarik menyerlahkan laman utama website nya sebagai salah satu laman web universiti awam di Malaysia yang menarik dan tidak menjemukan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. Namun begitu, ‘Main Link’, dan ‘On-Line Applications’ yang di tempatkan di sudut bawah laman utama website ini agak mencacatkan sedikit, kerana ‘Main Link’ seharusnya di tempatkan di sudut atas laman utama website supaya memudahkan lagi penggunaa website ini. (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU …



Universiti Malaysia Terengganu mempunyai laman web universiti yang agak simple. Walaupun penggunaan warna nya agak suram dan tidak banyak function yang digunakan, namun jika di perhati betul-betul, ada yang menarik pada laman web ini. Kedudukan setiap link dan pembahagian ruangan pada laman utama ini agak menyenangkan setiap mata yang memandang. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA PERLIS …



Universiti Malaysia Perlis mempunyai laman utama website yang agak sesak, namun begitu ada yang menarik pada laman web ini apabila menggunakan pelbagai jenis versi bahasa, bukan hanya versi Malaysia dan Inggeris, tetapi juga versi Cina dan Arab…mesti menarik walaupun saya tak buka pun lagi yang versi Cina dan Arab tu…nanti2la bukak…hehe (“,) …

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK …



Universiti Malaysia Sarawak mempunyai laman utama website yang agak membosankan dan tidak menarik. Penggunaan link-link nya juga kelihatan simple dan kosong. Tapi ini gambar lama, laman web universiti ini sentiasa update dan semakin bertambah cantik dan menarik dari semasa ke semasa. Tapi yang tak best nya, susah betul nak masuk ke laman web ni, asyik ‘cannot be display’ je….blh tengok kat blog orang lain je lar…huhu (“,) …

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA …



Universiti Putra Malaysia mempunyai cogan kata “Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia”. Sekali tengok nampak agak menyesakkan dengan setiap sudut di letakkan gambar, namun begitu, pembahagian ruangan yang di gunakan kelihatan menarik dan memudahkan pengguna untuk mencari maklumat terkini tentang universiti ini. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA …



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mempunyai cogan kata “Kewajipan, Maruah dan Integriti”. Laman utama website ini kelihatan simple, namun penggunaan warna nya agak menarik. Ruangan Menu Utama nya pasti akan memudahkan pelajar-pelajarnya untuk mencari link yang diperlukan. (“,) …

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS …



Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai cogan kata “Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan”. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama website ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Namun begitu, bagi saya laman utama website ini kelihatan agak menyerabutkan kerana ruangan di bahagian kanan nya kelihatan agak sesak. Dan link-link yang ada juga agak tidak mesra pelajar apabila link di bahagian atas tidak menempatkan link pelajar. (“,) …

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA …




Universiti Sains Islam Malaysia mempunyai framepage website yang amat menarik dan tidak membosankan langsung. Susunan laman web nya tidak menempatkan terlalu banyak perkataan apatah lagi ayat-ayat yang panjang. Cukuplah sekadar di letakkan link seperti “LAMAN UTAMA”, “INFO KORPORAT”, PENTADBIRAN”, dan lain-lain di bahagian atas, pasti akan memudahkan pelajar dan staf yang ingin menggunakan website ini. Dan untuk menarik lebih ramai pengunjung, pembahagian ruangan untuk program-program seperti pengajian siswazah, pengajian pra-siswazah dan lain2 nya yang dipaparkan berserta gambarnya amatlah bertepatan digunakan. Pautan Pantas [Staf & Pelajar] yang digunakan juga menarik kerana nampak kelainan di situ kerana diletakkan bersama dengan animasi yang bersesuaian. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …


Universiti Sains Malaysia mempunyai laman utama website yang terbahagi kepada 3 bahagian, kelihatan agak ‘crowded’ dengan bahagian tengah website tersebut diletakkan gambar berita-berita semasa tentang universiti ini, namun begitu penerangan yang di berikan di framepage website ini agak panjang, sedangkan penerangan yang panjang seperti itu tidak perlu di letakkan, cukuplah sekadar point sahaja, dan pelajar juga staf hanya perlu klik sahaja pada yang berkaitan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA …



Universiti Teknikal Malaysia Melaka mempunyai cogan kata “Where Great Technical Careers Begin”. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama website ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat, hanya perlu klik pada link yang berkaitan sahaja. Lagi pula,susunan link-linknya yang disertakan gambar kelihatan menarik. Namun agak mengecewakan sedikit apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. (“,) …

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA …



Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempunyai cogan kata “With Wisdom We Explore”. Link seperti “home”, “Admission” dan lain-lain yang di tempatkan di bahagian atas akan memudahkan pelajar-pelajarnya. Namun begitu, animasi yang terdapat di bahagian kiri laman web rasanya tidak perlu di masukkan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA …



Universiti Teknologi Malaysia mempunyai cogan kata “Malaysia’s Premier University in Engineering and Technology”. Link ‘Information About’ dan ‘Information For’ yang di gunakan pasti akan memudahkan setiap pelajar yang menggunakan laman web ini, namun agak mengecewakan sedikit apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat, hanya perlu klik pada link yang berkaitan sahaja. (“,) …

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA …



Universiti Utara Malaysia mempunyai cogan kata “First Choice University”. Walaupun kelihatan simple, namun pembahagian ruangan nya memudahkan pelajar-pelajarnya untuk mencari maklumat terkini. Namun begitu, link-link nya agak tidak menonjol dan agak membosankan.
Gambar yang di letakkan di bahagian atas laman utama website ini membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mesti di letakkan gambar tersebut. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

khAs buATmu ...

 

tAMAN isLAMi ... © 2008. Design By: SkinCorner