MAi NAMe ...

MAi LOve ...

Tuesday, October 14, 2008

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK …



Universiti Malaysia Sarawak mempunyai laman utama website yang agak membosankan dan tidak menarik. Penggunaan link-link nya juga kelihatan simple dan kosong. Tapi ini gambar lama, laman web universiti ini sentiasa update dan semakin bertambah cantik dan menarik dari semasa ke semasa. Tapi yang tak best nya, susah betul nak masuk ke laman web ni, asyik ‘cannot be display’ je….blh tengok kat blog orang lain je lar…huhu (“,) …

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA …



Universiti Putra Malaysia mempunyai cogan kata “Universiti Penyelidikan Yang Ulung di Malaysia”. Sekali tengok nampak agak menyesakkan dengan setiap sudut di letakkan gambar, namun begitu, pembahagian ruangan yang di gunakan kelihatan menarik dan memudahkan pengguna untuk mencari maklumat terkini tentang universiti ini. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA …



Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mempunyai cogan kata “Kewajipan, Maruah dan Integriti”. Laman utama website ini kelihatan simple, namun penggunaan warna nya agak menarik. Ruangan Menu Utama nya pasti akan memudahkan pelajar-pelajarnya untuk mencari link yang diperlukan. (“,) …

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS …



Universiti Pendidikan Sultan Idris mempunyai cogan kata “Pendidikan Gemilang Menuju Wawasan”. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama website ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat. Namun begitu, bagi saya laman utama website ini kelihatan agak menyerabutkan kerana ruangan di bahagian kanan nya kelihatan agak sesak. Dan link-link yang ada juga agak tidak mesra pelajar apabila link di bahagian atas tidak menempatkan link pelajar. (“,) …

UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA …




Universiti Sains Islam Malaysia mempunyai framepage website yang amat menarik dan tidak membosankan langsung. Susunan laman web nya tidak menempatkan terlalu banyak perkataan apatah lagi ayat-ayat yang panjang. Cukuplah sekadar di letakkan link seperti “LAMAN UTAMA”, “INFO KORPORAT”, PENTADBIRAN”, dan lain-lain di bahagian atas, pasti akan memudahkan pelajar dan staf yang ingin menggunakan website ini. Dan untuk menarik lebih ramai pengunjung, pembahagian ruangan untuk program-program seperti pengajian siswazah, pengajian pra-siswazah dan lain2 nya yang dipaparkan berserta gambarnya amatlah bertepatan digunakan. Pautan Pantas [Staf & Pelajar] yang digunakan juga menarik kerana nampak kelainan di situ kerana diletakkan bersama dengan animasi yang bersesuaian. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI SAINS MALAYSIA …


Universiti Sains Malaysia mempunyai laman utama website yang terbahagi kepada 3 bahagian, kelihatan agak ‘crowded’ dengan bahagian tengah website tersebut diletakkan gambar berita-berita semasa tentang universiti ini, namun begitu penerangan yang di berikan di framepage website ini agak panjang, sedangkan penerangan yang panjang seperti itu tidak perlu di letakkan, cukuplah sekadar point sahaja, dan pelajar juga staf hanya perlu klik sahaja pada yang berkaitan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA …



Universiti Teknikal Malaysia Melaka mempunyai cogan kata “Where Great Technical Careers Begin”. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama website ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat, hanya perlu klik pada link yang berkaitan sahaja. Lagi pula,susunan link-linknya yang disertakan gambar kelihatan menarik. Namun agak mengecewakan sedikit apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. (“,) …

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA …



Universiti Tun Hussein Onn Malaysia mempunyai cogan kata “With Wisdom We Explore”. Link seperti “home”, “Admission” dan lain-lain yang di tempatkan di bahagian atas akan memudahkan pelajar-pelajarnya. Namun begitu, animasi yang terdapat di bahagian kiri laman web rasanya tidak perlu di masukkan. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA …



Universiti Teknologi Malaysia mempunyai cogan kata “Malaysia’s Premier University in Engineering and Technology”. Link ‘Information About’ dan ‘Information For’ yang di gunakan pasti akan memudahkan setiap pelajar yang menggunakan laman web ini, namun agak mengecewakan sedikit apabila versi Bahasa Melayu tidak di gunakan. Walaupun kelihatan simple, namun pada pendapat saya, laman utama ini akan memudahkan pengguna apabila tidak perlu ‘scroll’ ke bawah untuk mendapatkan pelbagai maklumat, hanya perlu klik pada link yang berkaitan sahaja. (“,) …

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA …



Universiti Utara Malaysia mempunyai cogan kata “First Choice University”. Walaupun kelihatan simple, namun pembahagian ruangan nya memudahkan pelajar-pelajarnya untuk mencari maklumat terkini. Namun begitu, link-link nya agak tidak menonjol dan agak membosankan.
Gambar yang di letakkan di bahagian atas laman utama website ini membuatkan saya tertanya-tanya mengapa mesti di letakkan gambar tersebut. Penggunaan dua versi bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English amat bertepatan dengan citarasa pengguna website ini, kerana pastinya bukan pelajar tempatan sahaja yang menggunakan website ini, pelajar antarabangsa juga pasti tidak ketinggalan untuk melayari laman web universiti ini. (“,) …

khAs buATmu ...

 

tAMAN isLAMi ... © 2008. Design By: SkinCorner